Tukar Thermal Paste: Punca Laptop Cepat Panas
Pernah tak anda rasa laptop cepat panas walaupun buka Google Chrome saja? Itu mungkin tanda thermal paste anda dah kering.

Apa itu thermal paste?
Thermal paste (atau thermal compound) digunakan antara processor dan heatsink untuk membantu pindahkan haba. Bila ia dah lama, ia akan keras dan tak efektif.

Simptom biasa:
Kipas laptop berbunyi kuat walaupun buat kerja ringan
Laptop tiba-tiba shutdown sendiri
Permukaan bawah laptop rasa sangat panas
Prestasi turun semasa guna software berat
Solusi:
✅ Buka heatsink dan bersihkan thermal paste lama
✅ Sapu semula thermal paste yang baru (guna jenama macam Arctic MX-4 pun dah cukup baik)
✅ Pasang balik dan pastikan kipas serta heatsink bersih dari habuk